Puisi Cinta Remaja : Tiada Lagi...

Sunday, April 11, 2010

Tiada lagi
senyuman manja dapat kuukirkan
semenjak peristiwa silam yang berlaku
menghantui perasaanku .
Tiada lagi
kata kata pujangga
dapat kulafazkan buatmu
setelah diri ini kau khianati.
Tiada lagi
keindahan yang pernah kulukiskan
sewaktu percintaan mula memutik .
Tiada lagi

impian hati yang pernah ukirkan bersama
angan cinta membina mahligai indah
segalanya menjadi punah .
Tiada lagi
mimpi mimpi indah
bertandang dimalam hari
hanya kelam mewarnai lukisan minda .
Tiada lagi kejujuran hati
tiada lagi keikhlasan jiwa
tiada lagi cinta sejati
tiada lagi kesetiaan abadi .
Tiada lagi
kerinduan hati berbunga
bagiku segalanya telah berakhir disini
kesetiaan cinta kuhiaskan
balasannya kau kuburkan kasih yang kusuburkan .
Tiada lagi erti keikhlasan
yang wujud hanyalah samaran kata
kau telah cemarkan ‘’falsafah’’
Cinta Itu Buta
hakikatnya mataku kau kaburkan
hatiku kau butakan
jiwaku kau lukakan
impianku kau hancurkan .
Tiada lagi
kemaafan dapat kuungkapkan
hari ini kau gembira
esok hari belum ada penentuan
dimana engkau dimana aku
perjalananku akan tenang biarpun berbaur kedukaan
tetapi bagimu tetap ada balasannya dipenghujung nanti .
Tiada lagi
titisan airmata yang mengalir dipipiku
apalah gunanya aku meratap kesedihan
sangkamu kecuranganmu itu satu kebijaksanaan
tertipunya diri ini adalah suatu kebodohan
tetapi harus kau ingat
andai diukur jari kesemuanya tidak sama rata
begitu jugalah hidup kita
mungkin hari ini aku tewas
tak bermakna tewas sentiasa
segala persoalan ini pasti ada jawapan
suatu hari nanti .
Tiada lagi insan yang kau sayang
tiada lagi teman dipersekelilingmu
tiada lagi kebanggaan
tiada lagi keceriaan
tiada lagi kebahagiaan
semuanya akan ranap sekelip mata
pada ketika itu pasti kau mengerti ‘Tiada Lagi’ .

(25/03/2010/ 07.30 Pagi)..Deen


Puisi Cinta Remaja : Tiada Lagi... Reviewed by NajlA On Sunday, April 11, 2010, at 8:37 PM Rating: 5
Saat ini kamu sedang membaca artikel "Puisi Cinta Remaja : Tiada Lagi..." by NajLa pada hari Sunday, April 11, 2010 waktu 8:37 PM, dalam kategori , . Kamu boleh menyebarluaskan artikel Puisi Cinta Remaja : Tiada Lagi... ini dengan menyertakan link sumber dari blog ini. Mudah-mudahan Artikel Mengenai Puisi Cinta Remaja : Tiada Lagi... yang ada di blog pom-ponkini bisa bermanfaat bagi semuanya.

No comments: